Seni budaya Indonesia

Rencana utama: Kebudayaan Indonesia
Gadis Palembang berkain songket.

Indonesia terdiri daripada beratus-ratus suku kaum, dengan agama dan kepercayaan yang berbeza. Antara suku kaumnya termasuk Aceh (Melayu Tamiang dan Gayo),Batak (Karo, Toba, Mandailing, Pak-Pak, dan Simalungun), Minangkabau, Melayu (termasuk Melayu Deli, Melayu Palembang, Melayu Jambi, Melayu Pontianak, Melayu Bengkulu, Melayu Bangka Belitung, dan lain-lain), Rejang,Lampung, Badui, Jawa, Sunda, Banjar, Bugis, Toraja, Bali, Ambon, Madura, Minahasa, Dayak, Betawi, Papua dan lain-lain. Islam merupakan ugama majoriti di Indonesia terutama diwilayah Indonesia Barat (kecuali Batak), dan Indonesia Tengah (kecuali Pulau Bali yang umumnya beragama Hindu dan Sulawesi Utara yang umumnya beragama Kristian). Indonesia Timur (Flores, Ambon, dan Papua) secara majoriti beragama Kristian dan Katolik. Pulau Bali ialah satu-satunya provinsi yang secara majoriti beragama Hindu. Agama-agama yang lain seperti Buddha dan Konfusianisme umumnya dipeluk oleh kaum keturunan Cina. Secara undang-undang, agama di Indonesia diakui berjumlah lima (5) oleh pemerintah, iaitu:

Agama tradisional yang telah ada sejak masa nenek moyang di Nusantara seperti agama Parmalim daripada suku Batak, Kejawen daripada suku Jawa, dan lain-lain yang masih mempunyai unsur animisme, juga ada di Indonesia dan dianut secara minoriti oleh kaum-kaum pedalaman.

Seni budaya di Indonesia sangatlah beragam dan berbeza-beza, budaya Melayu merupakan salah satu budaya yang banyak dijalankan dikawasan-kawasan Melayu seperti diwilayah pesisir timur Sumatra dan pesisir Kalimantan. Tiap-tiap provinsi di Indonesia mempunyai bahasa dan budaya sendiri walaupun yang berdekatan saling mempunyai persamaan.

Dari segi pakaian, warisan budaya yang paling terkenal di seluruh dunia ialah batik. Tiap-tiap suku dan wilayah (provinsi) di Indonesia mempunyai pakaian adat masing-masing, dan memiliki hal-hal unik yang mewakili daerah yang dimaksud. Daerah-daerah yang terkenal untuk industri batik termasuk Yogyakarta, Solo, dan Pekalongan. Pakaian-pakaian asli Indonesia dapat dikenali daripada ciri-cirinya yang berbeza-beza:

Sarung dan Songkok umum dipakai oleh kaum lelaki di Indonesia terutama bagi mereka yang berugama Islam. Songkok merupakan pakaian kepala rasmi pemerintah di Indonesia yang digunakan oleh kaum lelaki. Kebaya merupakan pakaian adat yang umum dipakai oleh kaum wanita di Indonesia yang digunakan pada saat acara-acara tradisional, sementara kaum lelaki mengenakan baju Batik sebagai baju identiti Nusantara.

Seni pantun, gurindam, dan sebagainya kerap kali dipersembahkan dalam acara-acara seperti majlis kenduri perkahwinan, dan panggung seni. Silat adalah seni bela diri yang kekadang ditampilkan dalam acara-acara pertunjukkan dan biasanya diiringi oleh muzik tradisional gamelan dan lain-lain, sesuai dengan daerah asalnya.

Candi Borobudur di Magelang, Jawa TengahPara pemain muzik Melayu di Indonesia

Kesenian Indonesia banyak dipengaruhi oleh beberapa budaya. Terdapat beberapa candi Hindu dan Buddha dari abad-abad yang telah lampau di Jawa. Tarian Jawa dan Bali yang terkenal, misalnya, mengandungi aspek-aspek kebudayaan dan mitos Hindu. Seni tarian yang tidak mengandungi nilai-nilai Islam umpamanya seperti Reog Ponorogo (Jawa Timur) dan Tari Kecak (Bali). Sedangkan seni tarian yang mengandungi nilai-nilai Islam, antaranya Tarian Saman dan Tarian Seudati di Nanggroe Aceh Darussalam. Selain itu, yang juga terkenal di dunia ialah wayang kulit, yang menampilkan kisah-kisah mitologi.

Terdapat banyak jenis muzik Indonesia, baik tradisional mahupun moden. Muzik tradisional Indonesia termasuklah keroncong Jawa dikenal oleh semua rakyat Indonesia dan sampai ke luar negara. Banyak alat-alat muzik tradisional Indonesia yang terkenal di dunia, misalnya Angklung yang berasal dari Jawa Barat. Ada juga muzik popular di Indonesia yang dikenali sebagai dangdut.

Dangdut merupakan gabungan muzik Melayu, India, dan muzik tradisional lain Indonesia. Muzik ini dipanggil "dangdut" kerana muziknya bergema dengan bunyi 'dang' dan 'dut' serta kerana muzik dangdut lebih dikuasai oleh bunyi gendang dan seruling. Lagu-lagu dangdut biasanya didendangkan oleh pedangdut dengan goyangannya yang seronok dan lemah gemalai sesuai dengan kecepatan lagu. Ada pelbagai macam corak muzik dangdut, antaranya: Dangdut Melayu, Dangdut Moden (dangdut masa kini yang alat muzik telah ditambah dengan alat muzik moden), Dangdut Pesisir (lagu dangdut bercampur muzik tradisional Jawa, Sunda), dan lain-lain. Pada tahun 70-an, dangdut lebih dikenali sebagai genre muzik orkestra Melayu, dan semakin menjadi popular mulai daripada dekad 80-an. Muzik dangdut juga digemari oleh orang-orang Jepun dengan pedangdut-pedangdut seperti Camelia Malik dan Elvy Sukaesih dijemput menyanyi dangdut di Jepun.